|
MAJLIS BUKA PUASA DI ASRAMA PENYAKIN
Pada 29 September 2006, RMHC telah berjaya menganjurkan acara tahunan Majlis Berbuka Puasa dan solat Terawih bersama-sama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Kelang (PEYAKIN). Tahun ini merupakan kali ke 19 majlis ini diadakan.
Seramai 79 orang kanak-kanak yang tinggal di asrama itu telah dijamukan dengan hidangan McDonald’s serta hidangan nasi & kuih-muih. Puan Fadillah Yakin selaku Presiden RMHC di dalam ucapannya telah menasihatkan kanak-kanak di Peyakin supaya rajin belajar untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran. Turut hadir pada majlis ini ialah Penasihat RMHC, Encik Mohamed Shah bin Tan Sri Abdul Kadir, Encik Azmir Jaafar, Pengurus Besar McDonald’s Malaysia bersama beberapa orang kakitangan McDonald’s dan ahli-ahli RMHC, para penderma dan sahabat-sahabat McDonald’s yang terdiri daripada komuniti pembekal.
Hasil sumbangan daripada beberapa penderma, RMHC berjaya mengumpulkan RM10,370 untuk diserahkan kepada Asrama PEYAKIN. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Fadillah Yakin kepada Bendahari Kehormat Asrama Peyakin, Y Bhg Datin Wan Intan. Di samping itu juga kanak-kanak ini juga telah dihadiahkan pakaian hari raya sumbangan RMHC dan juga duit raya sumbangan daripada beberapa pendema. Hadiah-hadiah dan duit raya telah disampaikan oleh Puan Fadillah dan Encik Azmir kepada kanak-kanak tersebut.
|