![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
RONALD McDONALD CHILDREN’S CHARITIES (RMHC) BERKONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA KANAK-KANAK HIV DI RUMAH SOLEHAHKuala Lumpur, 9 Februari 2007 – Atas keprihatinan terhadap kanak-kanak Malaysia yang menghidap penyakit serius, Ronald McDonald Children’s Charities (RMHC) hari ini buat pertama kalinya telah meraikan kanak-kanak HIV dari Rumah Solehah, Bandar Tun Razak, Cheras. Majlis keraian yang diadakan bersempena sambutan hari lahir rakan RMHC, Dina (Malaysian idol) ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut berhibur bersama selebriti-selebriti kesayangan mereka dan berkongsi suasana sambutan hari lahir sepertimana kanak-kanak lain.
Selain Dina sendiri, sambutan majlis hari lahir ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti hiburan terkemuka tanahair seperti Ako Mustapha, kumpulan MIXX, Cat Fariz dan kumpulan Fabulous. Majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti permainan “Statue Dance” dan “Musical Chairs”, selain dari persembahan daripada para selebriti jemputan. Para tetamu termasuk kanak-kanak HIV ini telah dihidangkan dengan makanan “Happy Meal” McDonald’s. Sambutan yang sungguh meriah ini diharapkan menjadi satu pengalaman manis dalam diri kanak-kanak HIV ini. |
|