Majlis Makan Malam Pelajar RMHC
Tunas Wawasan di Kelantan Anjuran
Blue Ocean Avenue Sdn Bhd


Pada 16 Julai 2009, Blue Ocean Avenue Sdn Bhd (Pemilik Francais McDonald’s Kota Bharu) telah berjaya menganjurkan majlis makan untuk pelajar – pelajar RMHC Tunas Wawasan di Restoran New Horizon Seafood, Kota Bharu. Majlis yang buat pertama kali dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silatul rahim di antara para pelajar tajaan RMHC ini dan juga kakitangan RMHC serta kakitangan McDonald’s Kota Bharu.

Seramai 12 orang pelajar tajaan RMHC yang hadir pada malam itu telah dihidangkan dengan makan malam yang ditaja oleh Blue Ocean Avenue Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Urusan Blue Ocean Avenue Sdn Bhd, Encik Aiman Ezanee, Encik Nik Sazila, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu Bahagian Kemanusian, Cik Norazizan A. Manaf, Pengawai Kewangan RMHC, guru – guru pengiring, Pegawai LSM Kota Bharu, Puan Aryu Siti serta beberapa orang kakitangan McDonald’s Kota Bharu.

Pada malam itu RMHC telah menyampaikan hadiah kepada 3 orang pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) pada tahun lepas. Mereka yang telah berjaya memperolehi semua A di dalam PMR yang lepas adalah Adik Mohd Shukrie Yusoff, Nurul Syuhada Ilias dan Nur Yusmira Mohd Yusoff. Di samping itu juga, RMHC berserta McDonald’s Kota Bharu juga telah menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar yang hadir. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Encik Aiman Ezanee dan Cik Norazizan A. Manaf.


Cik Norazizan menyampaikan hadiah kepada Adik Mohd Shukrie Yusoff yang telah berjaya memperolehi 9A di dalam PMR 2008.


Pelajar-pelajar RMHC Tunas Wawasan, Encik Aiman, Cik Norazizan, Pn Aryu Siti, kakitangan McDonald’s Kota Bharu berserta guru-guru pengiring bergambar kenangan di hadapan Restoran New Horizon Seafood.


 

Home | About RMHC Malaysia | FAQ | Volunteer | Contact Us



© McDonald's Corporation. All rights reserved.
The following trademarks used herein are owned by McDonald’s Corporation and its affiliates; McDonald’s, Ronald McDonald House Charities, Ronald McDonald House Charities Logo, Ronald McDonald Children’s Charities, RMCC, RMH, RMHC, Ronald, Ronald McDonald, Ronald McDonald House, Ronald McDonald Sensory Room.
RMHC Privacy Policy | RMHC Disclaimer