![]() |
|
![]() |
|
![]() | ||
|
Majlis Buka Puasa di Rumah Kasih SayangPada 26 Ogos 2010, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia atau RMHC Malaysia telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan solat Terawih bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Kasih Sayang, Rawang. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara pihak RMHC Malaysia bersama-sama dengan penghuni Rumah Kasih Sayang. Seramai 64 orang kanak-kanak yang tinggal di Rumah Kasih Sayang telah dihidangkan dengan hidangan McDonald’s serta hidangan nasi & kuih-muih tajaan RMHC Malaysia. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Chan Chee Chin, Presiden RMHC Malaysia serta ahli-ahli RMHC dan beberapa orang kakitangan McDonald’s. Ketika majlis tersebut juga, RMHC Malaysia menyampaikan sumbangan bernilai RM3,000 kepada Rumah Kasih Sayang. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Chan Chee Chin kepada Pengetua Rumah Kasih Sayang, Ustazah Habidah binti Abdullah. Di samping itu juga, kanak-kanak ini juga telah menerima cenderahati berupa permainan sumbangan McDonald’s Malaysia, minuman dan coklat sumbangan dari Nestle (Malaysia) Berhad serta alat tulis sumbangan Chee Wah Corporation Berhad. RMHC percaya bahawa dengan menolong anak-anak yang kurang bernasib baik ini, dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan kesusahan yang mereka alami. Sikap perihatin dan mengambil berat ini cukup membuktikan bahawa RMHC Malaysia sememangnya merupakan sebuah pertubuhan yang sentiasa peka dan sensitive terhadap golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.
|
||
|